Berita Terkini Malaysia

Wednesday, 19 November 2014


IdaMan

1BestariNet Satu Lagi Projek Gagal Umno



Pelaksanaan projek bernilai berbilion ringgit 1BestariNet di sekolah-sekolah seluruh negara tidak akan merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar, malah lebih melebarkannya, kata Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari.

Beliau berkata, pendekatan Kementerian Pendidikan menerusi projek RM4.1 bilion untuk 10,000 buah sekolah seluruh negara yang melibatkan pemasangan jalur lebar 4G berkelajuan tinggi kononnya untuk merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar hanya indah khabar dari rupa.

“Cadangan kementerian memang kedengaran hebat dari segi teorinya, tapi malang, realiti yang berlaku adalah sebalikya.

“Malah pendekatan kementerian melaksanakannya di semua 10,000 buah sekolah seluruh negara akan melebarkan jurang bandar, luar bandar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Projek 1BestariNet dilancarkan Kementerian pada Disember 2011, melibatkan usaha penyediaan jalur lebar di semua sekolah seluruh negara melalui sistem e-pembelajaran Persekitaran Pembelajaran Virtual (VLE), dikatakan sebagai alat teknologi yang mampu menghubungkan jarak bandar dan luar bandar.

Rasionalnya ialah dengan menyediakan perhubungan internet kepada sekolah luar bandar dan akses ‘bilik darjah siber’ melalui VLE, pelajar luar bandar tidak lagi ketinggalan dari segi geografi dan mampu mendapatkan maklumat tanpa batas dalam dunia digital.

Namun, laporan Ketua Audit Negara 2013 siri ke 3 mendedahkan, Projek 1BestariNet tidak memenuhi sasaran tempoh dua setengah tahun selain gagal menyediakan VLE kepada 10,000 sekolah di seluruh negara.

Laporan itu mendakwa, projek 1BestariNet dilaksanakan sebelum guru dan pelajar dilatih sepenuhnya untuk menggunakan VLE.

Projek tersebut sepatutnya menyediakan infrastruktur bagi 10,000 buah sekolah di negara ini dalam tempoh 30 bulan bermula 13 Disember 2011.

Laporan audit juga mendedahkan projek yang sepatutnya disiapkan pada Jun lalu tersebut gagal menyambungkan akses Internet kepada 4,176 pengguna sasaran dan terlewat selama 439 hari tanpa dikenakan penalti.

“Siri ketiga Laporan Ketua Audit Negara telah menunjukkan bahawa walaupun 8,807 sekolah telah dilengkapi dengan sistem VLE, statistik login di seluruh negara bagi Mac 2014 adalah di antara 0.01 ke 4.96 peratus sahaja.

“Penggunaannya di kalangan pelajar adalah antara hanya 0.17 hingga 0.64 peratus, iaitu kurang daripada satu peratus.

Ini adalah angka yang membimbangkan, memandangkan RM663 juta telah dibelanjakan dalam tempoh dua tahun lalu,” ujarnya.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP itu menyatakan, antara faktor masalah yang dikenal pasti laporan audit adalah kekurangan teknologi termasuk akses kepada 1BestariNet yang lembap serta kekurangan alat tambahan seperti komputer riba dan projektor dalam bilik darjah.

“Kajian terhadap 46 buah sekolah dan 491 responden mendapati kelajuan purata jalur lebar adalah 0.2 Mbps hingga 3.62 Mbps, jauh lebih rendah daripada perjanjian dalam kontrak iaitu 4Mbps ke 20Mbps.

“Akibatnya, tidak lebih sekadar 30 hingga 40 pengguna saja boleh log in ke dalam VLE pada satu masa,” katanya.

- Roketkini




Gosip dan Kontroversi Hiburan

18 Foto sesi fotografi Putri Raysha Jemaima, anak Fasha Sandha

Berbanding kelahiran bayi baru selebriti lain seperti Lara Alana & Aaisyah Dhia Rana, anak kedua pasangan Fasha Sandha dan Rizal Ashram ini lebih kurang muncul di media tetapi masih mendapat perhatian tersendiri di kalangan peminat.

Terbaru Fasha Sandha & suaminya berbesar hati untuk menjalani sebuah sesi fotografi khas untuk anak mereka, Putri Raysha Jemaima yang dilaksanakan oleh studio Camora Arts. Sesi fotografi ini mengambil tema Princess of Earth seperti Mermaid Princess & Forest Princess.

Dalam salah satu kemaskini terbaru Fasha Sandha sendiri di Instagram baru baru ini, beliau tampil menjelaskan maksud di sebalik nama anaknya itu iaitu Putri bermaksud Puteri, Raysha maksudnya pemimpin dan Jemaima adalah nama salah seorang tiga anak Nabi Ayub yang paling cantik.

Berikut merupakan beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh Camora Arts sekitar fotografi bersama Fasha Sandha sekeluarga untuk tatapan anda semua.

Sumber asal : Portal Rotikaya





















Tuesday, 18 November 2014


IdaMan

Buku Dikenakan GST Bebankan Pelajar


GST Grafik BaruPengecualian cukai barangan dan perhidmatan (GST) yang terhad ke atas beberapa buah buku sahaja jelas mengelirukan orang ramai dan akan menjejaskan golongan pelajar sekiranya ia dilaksanakan kelak.

Tinjauan Selangor Kini di sekitar Shah Alam mendapati kebanyakan pelajar ditemui melahirkan rasa kurang senang dan tidak bersetuju sekiranya pengecualian terpilih itu dilakukan terhadap pembelian buku akademik.

GSTSeorang pelajar, Izzul Ikram Anwar, 23, berkata golongan sepertinya pasti paling terjejas teruk sekiranya GST dikuatkuasakan terhadap pembelian buku mulai tahun depan.

Beliau yang akan menyambung pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda pada tahun depan merasakan langkah itu tidak wajar.

Katanya ia akan membebankan golongan pelajar termasuk ibu bapa yang terpaksa mengeluarkan belanja lebih untuk membiayai pembelian buku anak-anak.

“Sepatutnya kesemua jenis buku harus dikecualikan daripada pengenaan GST kerana ia pasti lebih membebankan golongan pelajar yang memerlukan perbelanjaan besar untuk melanjutkan pengajian.

“Buku akademik juga dijual pada harga yang tinggi di pasaran, jadi apabila ditambah dengan GST maka nilai buku itu akan meningkat dan menjejaskan perbelanjaan kami sebagai pelajar,” katanya.

GST1Seorang pelajar kolej swasta, Sharifah Munirah Tuan Syed Karami, 22, pula berpendapat amat tidak wajar sekiranya Kerajaan Pusat tetap berdegil untuk mengenakan GST ke atas penjualan buku di pasaran.

Katanya kos sara hidup yang semakin tinggi ditambah dengan kenaikan harga barangan memberi kesan kepada perbelanjaan hariannya yang terhad sebagai seorang pelajar.

“Wang saku bulanan yang saya perolehi dari ibu bapa agak terhad dan hanya cukup untuk menampung perbelanjaan makan dan minum harian saya.

“Jika ditambah lagi dengan GST pada buku, memang akan terasa sebab baucar buku yang diberikan kerajaan sendiri tidak besar nilainya, hanya cukup untuk membeli dua atau tiga buah buku sahaja,” katanya.

GST2Kenyataan itu turut disokong Nur’amirah Mohd Fauzy, 23, yang berpendapat Kerajaan Pusat perlu mencari alternatif lain sekiranya tetap mahu melaksanakan GST ke atas pembelian buku pada tahun depan.

“Kalau nak harapkan baucar buku dengan nilai RM250 itu sahaja sudah tentu tidak mencukupi, jadi saya berharap pihak kerajaan perlu lebih peka dengan menambah lagi peruntukan untuk pembelian buku atau jangan kenakan langsung GST kerana ia menjejaskan pelajar,” katanya.

Kerajaan Pusat patut mengecualikan GST ke atas semua buku dan tidak mengehadkannya kepada buku teks, buku latihan, kamus dan buku kanak-kanak sahaja.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, berkata pengecualian terpilih itu mengelirukan orang ramai dan terdedah kepada salah guna akibat kekeliruan pengkelasan buku.




IdaMan

Harga RON97 Turun Lagi 20 Sen, Harga RON95 ?


Harga petrol RON97 turun 20 seliter
Harga petrol RON97 akan turun kepada RM2.55 seliter mulai tengah malam ini, Ia turun 20 sen daripada RM2.75 seliter sekarang.

Ia telah disahkan oleh Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia.

Pada harga RM2.55 seliter, harga petrol RON97 hanya lebih 25 sen daripada harga petrol RON95 yang disubsidi  kerajaan.

Kerajaan memberi subsidi 13 seb seliter bagi petrol RON95. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan mengesahkan perkara itu di laman Twitternya.

"RON97 turun 20 sen seliter daripada RM2.75 kepada RM2.55 mulai tengah malam ini, 19 Nov," katanya.
  
Beliau turut menyertakan paparan salinan surat daripada Kementerian Kewangan kepada Petronas Dagangan Berhad berhubung penurunan harga bahan api itu dalam laman Twitternya.
  
Harga runcit RON97 ditentukan oleh 'apungan terurus', dan harga akan berubah mengikut kuasa pasaran.


                                         Harga RON97 turun 20 sen esok

Harga petrol RON97 akan turun sebanyak 20 sen kepada RM2.55 seliter mulai esok.

Perubahan harga terakhir petrol premium itu adalah pada September dengan kenaikan harga sebanyak 15 sen yang menyaksikan harganya menjadi RM2.75 seliter.

Harga RON97 memuncak pada RM3 seliter pada September tahun lepas.

Pada Oktober tahun ini, harga petrol RON95 dan diesel naik sebanyak 20 seliter dalam usaha kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan ia salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan yang ketika itu menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel.

Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan tahun lepas ialah RM24.8 bilion. Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen pada tahun lepas itu bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

Kenaikan itu menyebabkan reaksi berantai di mana harga barang keperluan dan perkhidmatan juga turut naik. Ia meningkatkan kos sara hidup rakyat dan gologan miskin yang paling merasa penangannya.


   Jika harga minyak tidak turun awal Disember, Pakatan akan anjur demonstrasi

Pakatan Rakyat (PR) akan menganjurkan demonstrasi pada 31 Disember depan di Dataran Merdeka sekiranya Putrajaya tidak menurunkan harga minyak RON97, RON95, dan Diesel, pada 1 Disember, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, dengan mengambil kira dasar subsidi petrol dan diesel Putrajaya selama ini dilaksanakan supaya kekayaan hasil minyak negara turut dinikmati rakyat terbanyak, Barisan Nasional (BN) sememangnya ingin menghapuskan terus subsidi yang dinikmati rakyat.

"Saya ambil maklum cadangan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan harga petrol dan diesel akan diturunkan sekiranya harga minyak mentah dunia jatuh ke parasa AS$70 hingga AS$75 setong.

"Berkali-kali saya ingatkan BN supaya berlaku adil dengan rakyat dan mengikut konsep ekonomi yang ingin mereka laksanakan sendiri.

Jika harga petrol dan diesel dinaikkan apabila harga minyak mentah naik di pasaran dunia, maka adillah harga petrol dan diesel diturunkan apabila harga minyak mentah dunia turun," katanya pada satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata, dengan penurunan harga petrol dan diesel sekarang, akan menguji sejauh mana hujah ekonomi BN kononnya apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan, peniaga boleh dituntut menurunkan harga barang.

"Saya percaya jika harga petrol dan diesel diturunkan sekrang, harga barang tetap tidak akan turun lalu membuktikan hujah BN mengenai GST tidak boleh dipakai," kata Rafizi.

Awal Oktober lalu, sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan mengadakan bantakan susulan kenaikan harga minyak serta membantah pelaksanaan GST yang dijadualkan bermula April 2015.

Demonstrasi itu disertai Pemuda PAS Malaysia bersama dengan PSM, aktivis NGO Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) dan kumpulan Asal Bukan Umno yang berhimpun di luar pintu masuk Parlimen.

Ahmad sebelum ini dilaporkan berkata beliau sendiri akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan supaya menurunkan harga petrol RON95 sekiranya harga minyak mentah dunia turun pada paras antara AS$70 hingga AS$75 setong.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata penurunan harga tersebut boleh dilaksanakan kerana sudah melepasi kadar subsidi yang ditanggung kerajaan.

"Saya difahamkan oleh pegawai-pegawai yang menjaga hal subsidi minyak ini, apabila harga minyak pada AS$70 hingga AS$75 setong, maka ia akan melepasi daripada tahap subsidi RM2.30 seliter.

"Saya secara peribadi, selaku timbalan menteri kewangan, akan memberikan pandangan kepada Jawatankuasa Dasar Fiskal supaya menurunkan harga petrol RM2.30 ini," katanya Ketika ini minyak mentah Brent berada pada paras AS$79.41 setong.

Ahmad berkata beliau juga akan mencadangkan supaya tiada sebarang cukai jualan dikenakan ke atas petrol berkenaan.

Dalam pada itu, katanya sekiranya harga petrol berkenaan diturunkan, beliau berharap para peniaga turut menurunkan harga barangan mereka kerana sering kali menjadikan kenaikan harga minyak sebagai alasan menaikkan harga barangan.

The Malaysian Insider




Gosip dan Kontroversi Hiburan

3 Foto pejabat mewah Neelofa didedahkan

Kan kami dah kata, rezeki Neelofa ni melimpah ruah. baru je kami kongsi berita Neelofa nak beli kereta Aston Martin DB9 minggu lalu, kami dikejutkan dengan foto pejabat terbaru gadis ini.

Untuk pengetahuan, Neelofa telah berkongsi foto pejabat barunya melalui akaun Instagram tau. Tak percaya? Korang tengoklah sendiri betapa besarnya tempat ni.

Difahamkan, office ini bakal menjadi tempat di mana terletaknya semua produk keluaran Neelofa seperti Naelofar Abaya & Casual, Naelofar Hijab, LF Lens dan sebagainya.

Alahh, kira macam headquaters lah! Beruntung betul si cantik ni. Muda-muda lagi dah mampu memiliki perniagaan sendiri. Laris pula tu. Bukan saja pejabat, di sinilah juga Neelofa bakal meluaskan lagi perniagaannya, dan korang yang sememangnya gilakan Bokitta, boleh berkunjung ke sini nanti.

Bila kami intai ruangan komen, ramai dah yang tak sabar menanti pembukaan office baru Neelofa ini. Mana tau ada sales ke nanti. Betul tak? - Portal Ohbulan








Gosip dan Kontroversi Hiburan

Sebab sebenar Putera William dan Kate Middleton bercerai?

Kisah percintaan pasangan diraja ini sentiasa mendapat perhatian media dan umum lagi-lagi selepas kelahiran putera sulung mereka, George Alexander Loius yang lahir pada Julai tahun lalu.

Siapa lagi kalau bukan, Putera William dan Kate Middleton yang dilihat sentiasa mesra dan romantis bersama!

Namun, baru-baru ini tersebar perkhabaran perihal rumah tangga pasangan diraja ini dilanda masalah hingga dikatakan mungkin berakhir tidak lama lagi.

Sudah tentu berita ini mengejutkan, lagi-lagi Kate Middleton sedang sarat mengandung anak kedua.

Sumber terdekat Istana Buckingham pergolakan rumahtangga pasangan ini berpunca daripada masalah kesihatan Kate yang mengalami alahan jenis hyperemesis gravidarum, membuatkannya mengalami muntah dan mual yang ekstrem.

Kesannya, pasangan ini dikatakan sering berbalah disebabkan perkara remeh-temeh.

Masalah dihangatkan lagi apabila baru-baru ini Kate didakwa membuat keputusan mahu menyambut hari Natal di kampung halamannya, Buckleburry namun William pula memaksa agar mereka menyambutnya bersama keluarga diraja sahaja.

Perkara ini menambah lagi ketegangan dalam rumahtangga hingga ada pihak menjangkakan perkahwinan mereka bakal berakhir selepas kedua-duanya dilihat tidak mahu mengalah dan tak lagi gembira bersama.

Bagaimanapun pihak istana masih belum memberi kenyataan rasmi perihal pasangan diraja ini.

Sumber asal : Blog Jomkapel





Gosip dan Kontroversi Hiburan

Koleksi foto percutian Ashraf Muslim dan Wan Sakinah di Port Dickson

Tersenyum kami saat melihat foto percutian Ashraf Muslim dan isteri keduanya, Wan Sakinah. Ingatkanhoneymoon lagi. Sekali bawa Sarah bersama daaa.

Difahamkan, mereka bercuti ke Avilion Port Dickson. Wah, walaupun percutian dalam negeri, hotel tersebut tetap class tau! Setahu kami, panorama di Avilion memang cantik!

Yang paling seronok dah tentulah anak mereka. Walaupun masih kecil, haaa bukan main lagi diahappy bila dapat bermain air. Hehe.

Suka kami melihat sikap Ashraf yang sentiasa ingin berlaku adil terhadap keluarganya. Difahamkan, sebelum ini, Ashraf pun ada membawa Dayana bercuti juga.

So, korang jangan fikir yang bukan-bukan okay! Kita doakanlah kebahagiaan mereka sekeluarga sentiasa berkekalan. Bak kata pepatah, yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Jom tengok koleksi foto percutian mereka nak? - Portal Ohbulan












Pen Patah Blog

COOL : Uncang Teh Berbentuk Ikan Emas yang Menarik (8GAMBAR)

Kebiasaannya setiap kali minum teh, uncang teh mesti berbentuk segiempat mahupun bulat. Tapi lain pula cerita nya bagi teh jenama Charmvilla. Uncang yang disediakan berbentuk ikan emas yang comel di dalam cawan. Mesti tak sampai hati nak minum.












Gosip dan Kontroversi Hiburan

Koleksi foto-foto terkini Vie Santie, isteri Eizlan Yusof paling cun

Isteri kepada pelakon dan ahli perniagaan, Datuk Eizlan Yusof telah memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam.

Permohonan yang kini sedang dibicarakan difailkan oleh Datin Vie Santie Harun, 28, selaku plaintif sekitar pertengahan tahun ini.

Bagaimanapun, prosiding yang sepatutnya diteruskan dengan keterangan tiga saksi plaintif hari ini terpaksa ditangguhkan ke 13 Januari 2015.

Berikut ialah 5 keping foto terkini Vie Santie Harun, isteri Datuk Eizlan Yusof yang paling cun.








Popular Posts All Time